Saturday, February 19, 2011

mi bandung wassini

Kata-Kata Hikmah:
Jangan Makan Di Dalam Bekas Perak;
Isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda pernah bersabda:
"Sesiapa yang minum di dalam bekas perak, perutnya pasti akan dibakar dengan api neraka jahannam."


Sumber resepi : Majalah Rasa

  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 500 gm mi kuning
  • 300 gm daging bertulang
  • 300 gm udang
  • 150 gm sawi (dihiris)(nasya xletak sebab xde stok)
  • 150 gm tauge (nasya xletak)
  • 150 gm kobis (dihiris)
  • 3 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos cili (nasya saja-saja letak)
  • 1 sdb sos tiram (nasya yang letak)
  • 2 sdb cili kisar (boleh kurangkan atau xpayah letak)
  • 2 sdb minyak
  • 8 ulas bawang merah (digoreng)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 2 keping tauhu (dipotong)(nasya goreng dahulu)
  • garam dan gula secukup rasa  
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bersihkan daging dan udang,kemudian rebus bersama sediki garam.Apabila masak,toskan.Simpan air rebusan.Potong daging dan udang.
    2. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bawang putih.Apabila kuning masukkan cili kisar.Kacau sehingga naik bau.Masukkan air rebusan dan kacau lagi.
    3. Masukkan kobis, sawi, tauge, tauhu dan mi.
    4. Masukkan semua sos dan bahan perasa,kacau rata-rata sehingga mendidih.
    5. Apabila menghidang, letakkan sebiji telur rebus yang dipotong dua,cili merah dan bawang goreng.Hias dengan daun sup dan daun bawang dan bolehlah perahkan sedikit jus limau. 

Friday, February 18, 2011

nasi goreng sayur-sayuran cikgu Asmah

Kata-Kata Hikmah :
Jangan Makan Atau Minum Sambil Berdiri;
Daripada Abu Hurairah r.a. diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
"Jangan sesiapa pun di kalangan kamu yang minum dalam keadaan berdiri."
                                                                                     (Riwayat Muslim)




  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 2 cawan nasi semalam (dilerai-lerai)
  • 1/2 cawan kobis yang telah dihiris
  • 1/2 cawan bunga kobis (dihiris kecil)
  • 2 kuntum cendawan shitake (dihiris nipis)
  • 1/4 biji kapsikum merah (didadu kecil)
  • 1 biji telur
  • 6 biji bebola ikan (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1/2 sdb serbuk pati cendawan (jenama cosway)
  • garam secukup rasa 
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)

gulai kunyit lengkuas

Kata-Kata Hikmah:
Menjilat Jari-jemari Selepas Makan;
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila seseorang itu makan, janganlah dia membersihkan tangannya sebelum dia menjilatnya atau ia dijilat (oleh orang lain)"
                                                                                                     (Riwayat Bukhari)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 3 ekor ikan kembung (dicuci bersih dan dipotong dua)
  • santan pekat dari sebiji kelapa
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 inci lengkuas (ditumbuk)
  • 1 keping asam gelugur
  • sebiji timun (dihiris besar-besar)
  • sebiji cili merah (dibelah dua)
  • garam secukup rasa 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masukkan bahan-bahan tumbuk kedalam periuk bersama santan,didihkan.
    2. Apabila telah mendidih masukkan ikan dan timun serta asam gelugur.Kacau selalu supaya gulai tidak pecah minyak.Masukkan garam secukup rasa.
    3. Tunggu sehingga timun lembut dan bolehlah dimatikan apinya.

sosej gulung

Kata-kata hikmah:
Makan Beramai-Ramai;
Diriwayatkan daripada Washi bin Harab yang diambil daripada bapa dan datuknya, bahawa mereka telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa apa yang mereka makan tidak dapat mengenyangkan.Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka,"Adakah kamu makan berasingan?"Mereka menjawab,"ya."Lalu baginda menyuruh mereka berkumpul ketika makan dan menyebut nama Allah,nescaya diberkati.



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 10 ketul sosej (direbus dan ditos)
  • 10 keping roti gardenia (digelek sehingga  nipis)
  • serbuk roti secukupnya
  • 2 biji telur (dipukul perlahan)
  • minyak untuk goreng terendam
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ambil seketul sosej dan letakkan diatas sekeping roti.Gulung dengan kemas.
    2. Celup sosej yang telah digulung tadi kedalam telur dan gaulkan kedalam serbuk roti.
    3. Ulangi langkah ini sehingga habis.Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan bolehlah digoreng sebentar.
    4. Enak dihidangkan dengan sos cili.

sup sayur baby Hasif

Kata-kata Hikmah:
Makan Sekadar Keperluan;
Al-Miqdam bin Madikariba meriwayatkan bahawa,saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Memadailah bagi anak Adam (makan) beberapa suapan makanan untuk menegakkan kekuatan tubuh badan.Satu pertiga bahagian perut manusia itu untuk diisi dengan makanan, satu pertiga lagi untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan."
                                                                                                   (Riwayat al-Tirmizi)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 biji ubi kentang (dikupas dan dihiris)
  • 2 kuntum cendawan shitake segar (dihiris nipis)
  • setangkai sawi bunga (dipotong-potong)
  • sedikit bunga kobis (dihiris kuntum)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 cawan air rebusan tulang ayam
  • sedikit garam 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan air rebusan tulang ayam bersama bawang putih dan kentang.Tunggu hingga kentang empuk,masukkan bunga kobis dan cendawan.
    2. Apabila cendawan telah lembut masukkan pula sedikit garam dan sawi bunga.Biarkan mendidih sekali lagi dan bolehlah diangkat.       

Sunday, February 13, 2011

pajeri nanas Akmal Adillah

Kata-Kata Hikmah:
Berpada-pada dalam Makan dan Minum;
Diriwayatkan daripada Atiyah bin Amir al-Juhani,katanya,saya mendengar Salman tidak suka makanan yang dimakannya,dia berkata:
"Cukuplah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,bahawa kebanyakan mereka yang kenyang di dunia ini akan berpanjangan lapar mereka pada hari akhirat."


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 biji nanas manis (dipotong bulat)
  • santan pekat dari sebiji kelapa
  • 1/2 sdk halba campur
  • 2 sdb rempah kari ikan (dibancuh dengan air)
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
  • gula merah secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit air asam jawa (jika perlu)
  • 1 sdb kerisek
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdb ikan bilis (ditumbuk)
  • setangkai daun kari 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis semua bahan tumbuk bersama halba campur dan daun kari.Tunggu hingga naik bau.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.
    2. Masukkan nanas,tunggu sehingga nanas lembut kemudian bolehlah masukkan kerisek.
    3. Kacau selalu supaya rempah kari tidak melekat pada periuk.Setelah mendidih dan kuah agak pekat bolehlah masukkan bahan-bahan perasa.
    4. Masak lagi hingga kuah pecah minyak.
    5. Bolehlah dihidangkan bersama ikan gelama jeruk goreng dan ulam-ulaman.