Thursday, February 3, 2011

sup wanton


  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • kulit wanton (1 paket)
  • isi ayam 100 gm (dicincang)
  • isi udang 50 gm (dicincang)
  • cendawan shitake 2 keping (dicincang)
  • daun bawang 30 gm (dihiris halus)
  • minyak bijan 1/2 sdk
  • putih telur 1 biji
  • sos tiram 1 sdk
  • lada putih secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
  • 1. Untuk intinya, campurkan ayam, udang dan cendawan sehingga sebati.
  • 2. Selepas itu masukkan pula sos tiram,minyak bijan,daun bawang,lada putih       dan sedikit garam.
  • 3. Kemudian, masukkan sesudu inti ke dalam kulit wanton,sapukan dengan telur di tepi kulit wanton dan bungkus kemas.
  • BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :-)
  • 1. 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2. 2 cawan stok ayam
  • 3. sedikit halia (diracik halus)
  • 4. sedikit serbuk lada putih
  • 5. daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • 6. cili merah (dihiris)
  • 7. garam secukup rasa
  • 8. 1 sdk minyak (untuk menumis)
  • CARA-CARANYA:-)
  • Seperti menumis biasa.Harap maklum.

Tuesday, February 1, 2011

ayam goreng satay

Resepi ini diadaptasi dari masakan nyonya melaka.Rasanya seakan-akan rendang tetapi etap ada kelainan.Kalau nak tahu,kenalah cuba kay.

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 ekor ayam (anggaran 1 kg)
  • 5 batang serai (dikisar)
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji buah keras (dikisar)
  • 2 cm belacan (dikisar)
  • 2 cm lengkuas (dikisar)
  • 20 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
  • 950 ml santan
  • 1 sdb gula
  • garam secukup rasa

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bersihkan dan potong ayam,kemudian ditoskan.
    2. Perap ayam dengan bahan kisar.
    3. Masukkan ayam yang telah diperap dan santan ke dalam kuali.
    4. Masukkan gula dan garam
    5. Masak sehingga mendidih,perlahankan api,masak sehingga kuah menjadi pekat.
    6. Sedia dihidangkan

cik mek molek ala tasneem

pagi tadi Tok Bil berkebun kat depan umah.Dalam dok berkebun tu,sempat lagi dia kemas pokok keledek Tok Ja.Itu yang jadik cik mek molek ala-ala tasneem gituuu.Jangan mare ye en.suhardy.Apa-apa pun selamat mencuba....

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 500 gm keledek (direbus dengan sedikit garam dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula secukupnya (untuk inti)
  • minyak untuk goreng terendam
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Campurkan ubi keledek bersama tepung.gentelkan bulat-bulat.Leperkan sedikit,masukkan inti dan bentukkan lonjong.
    2. Goreng didalam minyak panas. (jangan biarkan cik mek yang sudah siap digentel didalam suhu bilik kerana dikhuatiri inti gula akan cair.Ianya hendaklah terus digoreng)
    3. Enak dimakan panas-panas dengan kopi o

sembilang berlada ala nasya


  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 4 ekor ikan sembilang (dicuci bersih dan direndam bersama air limau nipis)
  • 5 tangkai cili merah (digiling)
  • 5 ulas bawang merah (digiling)
  • 2 ulas bawang putih (digiling)
  • 1 sdk sos tiram
  • sedikit garam dan kunyit (untuk dilumur pada ikan)
  • sedikit gula
  • garam (sekiranya perlu)
  • daun bawang (hiasan)
  • minyak secukupnya 

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak yang banyak didalam kuali,goreng tenggelam ikan keli.(masukkan sekeping asam gelugur untuk mengelakkan ikan dari melekat di kuali).Goreng sehingga garing.
    2. Sementara itu,tumiskan bahan-bahan yang digiling didalam kuali yang berasingan.tumis sehingga cili pecah minyak.
    3. Masukkan sos tiram,garam,gula dan daun bawang.Kacau rata.
    4. Bolehlah dituangkan diatas ikan keli goreng tadi.
    5. Selamat menjamu selera

nasi goreng dulu-dulu


Assalamualaikum buat anak-anak sedara yang dikasihi...yang sentiasa menjadi follower aunt,xkira di mana jua berada semoga dilindungi Allah selalu.
Hari ni aunt masak benda yg simple gila tetapi mengembalikan nostalgia,walaupun simple tetapi sangat sedap tambah-tambah lagi makan ngan ikan pekasam.Kalau nak tau,cuba jangan tak cuba....

  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sdb udang kering (ditumbuk)
  • 1 sdk cili boh
  • secubit garam
  • kicap manis secukupnya
  • sebiji telur
  • 2 tangkai sawi (dipotong-potong)
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali.Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama dengan cili boh sehingga garing dan naik bau.pecahkan telur,tunggu sehingga telur berketul
    2. Masukkan nasi,sawi,garam dan sedikit kicap manis.kacau hingga mesra.
    3. Bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk orang-orang tersayang

Sunday, January 30, 2011

ayam cencaluk


  • BAHAN-BAHANNYA :-
  • 250 gm isi ayam
  • 1 sdk gula
  • 2 sdb cencaluk
  • 2 sdb minyak
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 biji bawang besar (dipotong-potong)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 125 ml air
  • 1 sdk kicap pekat
  • 2 biji cili merah (dipotong serong)
  • 2 biji cili hijau (dipotong serong)

  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Perapkan ayam bersama gula dan cencaluk selama 15 minit.
    2. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan serai,bawang putih dan bawang besar.tumis sehingga wangi.
    3. Masukkan ayam dan kacau goreng selama 2 minit.
    4. Masukkan air,kicap pekat dan cili.Kacau rata dan didihkan sehingga kuah agak pekat.Sajikan panas.

gulai ikan tenggiri dan nenas


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ikan tenggiri saiz kecil (dipotong-potong)
  • 1/2 biji nenas  manis (dipotong-potong)
  • santan drpd 1 1/2 biji kelapa parut
  • 2 keping asam gelugur
  • garam secukup rasaDIGILING:
  • 1 batang serai
  • 8 ulas bwg merah
  • 10 biji cili kering
  • 1.2 cm belacan
  • 1.2 cm lengkuas
  • 2.5 cm kunyit hidup 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling serta serai hingga naik bau.
    2. masukkan garam,gula,santan dan nenas.Tunggu hingga nenas empuk sedikit dan bolehlah masukkan ikan dan asam.
    3. Bila telah mendidih dan ikan telah masak,bolehlah matikan api.
    4. enak dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan

sosej selimut


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
    10 batang sosej (direbus &ditos)
    1 paket puff pastry (jenama kawan)
  • 2 keping keju
  • 1 biji kuning telur (untuk sapu)
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. ambil sekeping puff pastry,potong 2.
    2. letakkan sebatang sosej dan sedikit keju ditengah-tengah.ambil sekeping lagi  pastry dan letakkan diatas sosej tadi.kemaskan tepinya dengan garfu.Sapu kuning telur.
    3. Bakar hingga kuning keemasan.
    4. Enak dinikmati bersama sos pilihan.

Saturday, January 29, 2011

kerang sihitam manis


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
    500 gm kerang (dibersihkan)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 cm halia(hiris halus)
  • 5 ulas bawang merah(hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 4 sdb kicap pekat
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 tangkai cili hidup (potong serong)
  • 1/2 sdb minyak
  • garam & gula secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan  minyak dalam kuali,tumis serai,halia,bawang merah &bawang putih hingga wangi.
    2. Masukkan kerang,kicap pekat,sos tiram dan perasa.
    3. Kacau rata.Biarkan hingga kerang masak barulah dimasukkan bawang dan cili hiris.
    4. Kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan.

spageti carbonara ala naSya


  • BAHAN-BAHANNYA :-)
    500 gm spagetti (direbus bersama sedikit minyak &garam)
    2 batang sosej (dihiris nipis)  
  • 1 botol sos carbonara dolmio
  • 2 keping keju (dihiris-hiris)
  • 1/2 cwn air
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali,goreng sosej sehingga garing. masukkan sos carbonara,keju dan air.Kacau rata dan masak sehingga mendidih.Masukkan spagetti dan sedia untuk dinikmati..hmmmm senangkan..resipi orang tak berapa nak rajin...

Thursday, January 27, 2011

Damai Homestay

Damai homestay / guest House BANDAR ENSTEK
~ lokasi di PERSADA DAMAI. Bandar Enstek
- 10-15 minit ke LCCT / KLIA
~ 4 bilik tidur, 3 bilik mandi (1 m/bedroom, 2 bilik kelamin,1
bilik bujang mempunyai 2 katil ).
~ Kelengkapan asas ; air-cond di setiap bilik tidur,water heater ,peti
sejuk, tv, dapur,mesin basuh, rice cooker, cerek, kelengkapan
asas untuk memasak & kipas angin disetiap
bilik tidur, ruang makan dan ruang tamu.
~ Lokasi strategik,berhampiran
Lcct,Klia,Putrajaya,Seremban,Nilai 3.
~ Hanya 5-10 minit memandu kereta ke kedai-kedai 
runcit,bank,medan selera,kedai serbaneka,stesen
minyak,klinik 24 jam,pondok polis,masjid &
surau.
- PASARAYA MYDIN / KOLEJ / AUDIT NEGARA / MEDICAL CITY 

- sewa harian : rm300
-check-in 3pm check-out 12pm
- sewa bilik juga diterima harga nego.
-tempahan awal dialu alukan 
-untuk tempahan atau keterangan lanjut sila
hubungi @ sms 
noraniza 012-6286141/012-6986350 atau
email man_pass70@yahoo.com

**JIKA TERDAPAT SEBARANG KEROSAKAN, BAYARAN GANTIRUGI AKAN DIKENAKAN..HARAP MAKLUM**