Wednesday, May 25, 2011

Bihun sup utara

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • bihun secukupnya (direbus bersama sedikit serbuk kunyit & ditoskan)
  • 300 gm daging lembu (dihiris nipis)
  • 2 paket sup bunjut
  • 4 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 cm halia + 1 sdk lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit rempah tumis
  • garam & sedikit serbuk pati ikan bilis
  • sedikit minyak untuk menumis
  • air secukupnya untuk sup
  • daun sup & daun bawang
  • 2 ketul tauhu (digoreng & didadu)
  • lobak asin (didadu)
  • limau kasturi secukupnya
  • sedikit serbuk cili (dibancuh bersama sedikit air, ditumis dan masukkan sedikit garam & gula) 

  • CARA MEMBUAT SUP :
  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis bersama bawang yang dihiris sehingga wangi dan garing. Tambahkan halia dan lada hitam, kemudian masukkan daging, rempah bunjut dan air secukupnya. Renih sehingga daging empuk.
  • Apabila daging telah empuk baru masukkan bahan perasa. Sedia untuk dihidangkan bersama bihun dan bahan pelengkap. 

Cik mek labu

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1/2 biji labu kuning saiz sederhana (direbus bersama sedikit garam dan dilecek)
  • lebih kurang 2 cawan tepung gandum
  • gula secukupnya untuk inti
  • minyak untuk menggoreng terendam
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Campurkan labu lecek bersama gandum dan bulatkan sebesar guli. Basahkan tangan, isikan gula pasir ke dalam labu tadi dan bentukkan lonjong.
  • Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terus cik mek yang telah siap dibentuk untuk mengelakkan gula dari mencair.
  • Sesuai dihidangkan untuk minum petang. 

Masak lemak siput sedut

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 mangkuk siput yang telah dibersihkan
  • santan pekat secukupnya
  • 5 ulas bawang merah (dikisar)
  • 9 biji cili api (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (disimpul)
  • 1 asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Semua bahan  dimasukkan ke dalam periuk dan dijerang di atas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa dan sekeping asam gelugur. Kacau rata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bawal masam manis

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ikan bawal (dipotong, sapu garam kunyit, goreng garing)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji kapsikum merah & kuning (dihiris memanjang)
  • 2 sdb sos cili
  • 2 sdb sos tomato
  • 1 sdb sos tiram
  • sedikit air jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu, masukkan kapsikum tambahkan sos-sos dan air jika perlu. Kacau rata, masukkan ikan bawal yang telah digoreng. Jika kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam dan gula.

Tauge masak kicap

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 2 genggam tauge
  • 1/2 batang karot (dipotong julienne)
  • sedikit kobis ungu (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • kicap manis dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga garing. Masukkan karot dan kobis goreng sebentar. Kemudian tambahkan kicap dan garam. Sebelum diangkat masukkan tauge.
  • Hidangkan segera.

Kembung berlada

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 3 ekor ikan kembung (digoreng bersama sedikit garam dan kunyit)
  • 4 ulas bawang putih + 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 biji cili merah + 1 biji cili hijau (dikisar)
  • 1/2 sdk serbuk belacan
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga wangi dan hilang bau cili. Masukkan serbuk belacan dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata, tambahkan ikan yang telah digoreng, kacau lagi sehingga ikan bersalut dengan sambal. Angkat dan hidangkan.

Bihun goreng sotong

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 keping bihun (direndam hingga lembut)
  • 1/2 batang karot (dipotong julienne)
  • sedikit kobis ungu (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sdk cili kisar
  • 2 ekor sotong sederhana (dihiris bulat)
  • sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar hingga garing dan wangi. Masukkan sotong dan karot, masak hingga sotong empuk. Masukkan bihun dan sos-sos. Masak lagi hingga bihun lembut. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  • Jika bihun masih keras bolehlah masukkan sedikit air.   
  • Jangan lupa untuk memasukkan kobis, setelah kobis layu bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan sedikit daun sup untuk hiasan.   

Singgang daging kelantan

  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 600 gm daging (potong kecil)
  • 1biji bawang besar merah saiz kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 sdb ketumbar biji (ditumbuk)
  • sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • asam keping
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • air secukupnya
  • 4 biji cili kering (dipotong 4)
  • CARA MEMBUATNYA :
  • Daging direbus bersama semua bahan-bahan di atas sehingga empuk. Masukkan perasa secukupnya. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan. 

Monday, May 23, 2011

Kek keju karamel terbalik

Resepi ini ditujukan khas buat adik Mira Nasiruddin. Walaupun akak belum sempat lagi nak buat kek ni akak harap mira sudi mencuba resepi ni. Resepi ni akak copy dari Buku Masak Chef Terkemuka CATHERINE LAU - KEK KEJU MENAWAN

Masa persediaan : 45 min + didinginkan dan disimpan semalaman; masa membakar: 1 jam; menghasilkan kek bergaris pusat 20-cm.
BAHAN-BAHAN:
Hias Atas :
  • Gula halus 250 gm
  • air 250 ml + tambahan 2 sdb
  • Inti :
  • kuning telur 10 biji
  • telur 2 biji
  • perasa vanilla 3 sdt
  • susu 500 ml
  • krim putar 300 ml
  • gula halus 80 gm
  • keju mascarpone 250 gm, dikacau perlahan-lahan sehingga tidak berbintil-bintil
  • Kulit :
  • mentega  60 gm
  • gula aising 30 gm
  • perasa vanilla 1/2 sdt
  • telur 2 biji
  • badam kisar 125 gm
  • tepung gandum 2sdb, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hias Atas : Larutkan gula dan air di dalam periuk di atas api kecil. Biar mendidih dan kecilkan api. Didihkan tanpa  dikacau sehingga bancuhan kuning keemasan. Angkat dari api. Tambah air dan sengetkan periuk dan kacau lagi. Tuang 2/3 bancuhan ini ke dalam acuan kek bulat 20-cm yang dalam. Biarkan bancuhan keras, ketepikan karamel yang selebihnya.
  2. Inti : Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada 160'c. Pukul kuning telur, telur dan perasa vanilla sehingga berbuih. Sebatikan susu, krim dan gula di dalam periuk. Kacau di atas api kecil sehingga gula larut. Didih dan angkat dari api dengan segera. Biarkan selama 5 minit. Tuang bancuhan susu ke dalam adunan telur dan terus kacau. Tapis dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan keju mascarpone ke dalam adunan telur. Tuang inti ini ke atas karamel di dalam acuan kek. Letak acuan ke dalam bekas berisi air. Bakar selama 45 minit. Sementra itu sediakan kulit.
  4. Kulit : Pukul mentega, gula aising, perasa vanilla dan telur sehingga ringan dan berkrim. Masukkan badam kisar dan pukul hingga adunan pekat. Ayak tepung ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. Masuk adunan ke dalam beg paiping yang dipasang muncung besar.
  5. Keluarkan kek dari ketuhar. Paipkan adunan ini ke atas inti dan bakar selama 15 minit atau sehingga kulit keras dan kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Tutup acuan kek dan simpan semalaman di dalam peti sejuk
  6. Terbalikkan kek keju ke atas pinggan hidang. Panaskan baki karamel dan hidang bersama kek.
  7. (CARA MEMBAKAR KEK KEJU) 
  8. Balut bahagian luar acuan kek dengan kertas timah yang tebal untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam. Letak acuan kek ini ke dalam bekas atau acuan yang lebih besar yang dipenuhi sebanyak tiga suku air panas. Tambah air panasnya jika perlu semasa membakar. Bakar semua kek ditingkat ketuhar yang terbawah. Intinya seharusnya agak keras tetapi lembut di bahagian tengahnya (anggaran bergaris pusat 7 cm) apabila acuan digerakkan sedikit pada akhir masakan. Biarkan kek keju di dalam ketuhar dengan pintunya tertutup selama 30 minit untuk kek mengeras. Keluarkan bekas berisi air dari ketuhar dan biarkan kek sejuk betul-betul dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit. Jika kek keju merekah semasa sejuk, ini mungkin disebabkan kek ini sudah terlebih bakar.

Monday, May 16, 2011

Sambal ikan belimbing buluh Kak Besah

lesung siap ada tanda harga...jangan marah aaa
Sumber : my resipi 
resepi oleh : Kak Besah 
Kak Besah, saya mintak izin kopipes ye kak. Untuk rujukan di masa depan. Tq.

Bahan-bahan ( sepiring )

  • 7biji @ lebih belimbing buluh (jns yg hijau elok coz ia keras)
  • 2 ekor ikan goreng - ambil isinya.(ikn apa pun bleh guna)
  • segenggam cili api kampung & sebatang cili merah
  • garam secukup rasa & secubit gula.

Cara-cara

  1. hiris keempat2 sisi belimbing, buang empulur tengahnya - ketepikan.
  2.  tumbuk cili2 hingga hancur, masukkan ikan tumbuk pecah2. masukkan belimbing, tumbuk pecah2 juga. tambah garam secukup rasa. gaul sebati dan bleh la dihidangkan.

Ayam phat phet

SUMBER :MY RESIPI 
RESEPI OLEH : WIDAD 
Akak mintak izin kopipes ya Widad...untuk rujukan di masa depan. Terima kasih bebanyak.

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...


Akak tambah extra cili. Letak kacang sikit sbb mls dah goreng sayur...xpe kann.

Nasi lemak sambal udang





BAHAN UNTUK NASI :

  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan pati santan
  • 3 helai daun pandan 
  • 3 hiris halia
  • garam secukup rasa 

BAHAN UNTUK SAMBAL UDANG :


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm belacan 
  • 400 gm udang saiz sederhana
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 6 sdb cili kisar
  • sekeping asam gelugur
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
    1. Panaskan minyak di dalam kuali tumis bahan yang dikisar  dan belacan sehingga wangi dan garing.  Tambahkan gula supaya warna sambal menjadi cantik. Masukkan udang dan asam gelugur masak hingga udang berubah warna. Masukkan garam secukup rasa dan bawang hiris. Kacau rata.
    2. Sedia dihidangkan.

Wasiat Sebelum Mati

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal. Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi....
Hadi : Imah....sebelum aku mati nanti....aku ingin berpesan kepada mu.
Isteri : Iya, bang.....cakaplah.
Hadi : Aku mau kau kahwin dengan Harun.
" Isk abang nie....kan Harun tu musuh ketat abang selama ni ?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya/" dengan terkejut isterinya bertanya.
"AKU INGIN DIA MENDERITA SEPERTI YANG AKU ALAMI 30 TAHUN BERSAMAMU...."

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini encik?" tanya gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmm, tulis saja 'sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah." kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu :
"SAYANG BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA TIDAK BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Bahasa Inggeris

Suria pergi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak......."Argghhhh! Orang macam ini pun ada!"
Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Suria ni. Jadi dia pun tanyalah Suria.....
"Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN,PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".
Jadi Suria pun berfikir sejenak dan menjawab....
"I hear the phone GREEN, GREEN, GREEN....then i go and PINK up the phone, I say YELLOW....BLUE's that? WHITE did you say? Aiya....!wrong number la.....Don't PURPLEY  disturb people and dont call BLACK, ok? Thank you."
Lepas tu, pengurus tu terus pengsan !!!!   

Sunday, May 15, 2011

Spagetti goreng


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 mangkuk sedang spagetti yang telah direbus
  • 1/4 sdb diced tomatoes jenama Hunts
  • 3 ulas bawang merah (dimayang)
  • 8 ekor udang
  • sedikit kobis
  • 1 sdb cili kisar
  • sos tomato, sos cili dan sos tiram secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
    1. Panaskan minyak di dalam kuali tumis bahan yang dihiris,diced tomatoes dan cili kisar, masukkan udang dan sayur kobis masak hingga udang berubah warna. Masukkan spagetti dan sos-sos. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam. Kacau rata.
    2. Sedia dihidangkan.

Cencaru sumbat panggang


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor ikan cencaru (dibelah belakang, dilumur garam kunyit)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit belacan (ditumbuk)
  •  sedikit air asam jawa pekat
  • 10 biji cili api (ditumbuk)
  • 4 biji cili merah (ditumbuk)
  • garam dan gula secukup rasa

  • CARA MEMASAK :-)
  • Masukkan semua bahan ke dalam ikan. Panggang.