Tuesday, May 29, 2012

Masak lemak labu dengan daun selasih

BAHAN-BAHAN :

  1. 1/2 biji labu saiz sederhana (dikupas dan potong besar)
  2. 1/2 kg santan
  3. segenggam daun selasih (lebih banyak lebih wangi)
  4. sedikit ikan bilis
  5. 1 biji cili merah (hiris)
  6. garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK KASAR :

  1. 5 ulas bawang merah
  2. sedikit belacan
CARA :

  1. Masukkan bahan tumbuk, ikan bilis dan juga santan ke dalam periuk. Renihkan di atas api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
  2. Setelah mendidih masukkan labu. Masak hingga labu empuk.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Sebelum diangkat masukkan daun selasih.
  5. Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.....

Saturday, May 26, 2012

TERIMA KASIH SAYANG........

Minggu lepas kita dapat hadiah dari mr.husband sempena hari ibu hari tu....seronok rasanya bila dapat hadiah jarang-jarang. Yang....30 hb ni anniversary..nak hadiah lagi ye. Ayah dah janji sebenarnya nak belikan ibu TRIO STEAMER tapi belum tepon Chef Asma lagi..xsabar rasanya..makasih banyak-banyak my darling :)

Thursday, May 17, 2012

Tumis tauge kasar

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 mangkuk sederhana tauge kasar
  2. 3 pokok daun bawang (potong 4 cm)
  3. 1 tangkai cili merah (hiris)
  4. 1 batang fish cake (hiris)
  5. 1/2 biji bawang besar (hiris)
  6. 3 ulas bawang putih (ketuk)
  7. sedikit sos tiram, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa
  8. minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan kek ikan dan gaul rata.
  2. masukkan daun bawang, tauge, dan juga bahan perasa.
  3. Kacau sebati dan angkat setelah tauge sedikit layu.

Sup udang pedas masam

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 mangkuk sederhana udang yang telah dikupas dan dibersihkan
  2. 1 tin cendawan straw (dibelah 2)
  3. 1/2 sdb cili kisar
  4. 2 batang serai (diketuk)
  5. 2 1/2 kiub pati tomyam maggi
  6. 1 sdb sos tomato
  7. 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  8. 3 helai daun limau purut (dicarik)
  9. garam secukup rasa
  10. sedikit jus limau kasturi
  11. 3 gelas air
  12. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan cili kisar sehingga garing. Masukkan serai, sos tomato, pati tomyam dan juga air.
  2. Biar hingga mendidih. Tambahkan cendawan dan bawang besar, tunggu hingga cendawan layu.
  3. Kemudian masukkan udang, daun limau purut dan juga garam secukup rasa.
  4. Kacau rata dan sebelum di angkat bolehlah masukkan sedikit jus limau kasturi.
  5. Sedia dihidangkan.


100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA (3) BERSUMPAH DENGAN SELAIN NAMA ALLAH

(3) Bersumpah Dengan Selain Nama ALLAH
Kesalahan fatal yang sering terjadi pada sebahagian wanita adalah bersumpah dengan selain nama ALLAH Taala, kerana hal itu termasuk syirik asghor (kecil). Namun jika orang yang bersumpah meyakini bahawa sesuatu yang ia jadikan sumpah tersebut mempunyai kedudukan yang sama dengan ALLAH Taala atau bahkan lebih agung dariNya, maka syirik asghor tersebut berubah menjadi syirik akbar (besar) yang dapat mengeluarkan pelakunya dari agama dan menjadikannya murtad dari dien islam.

Wednesday, May 16, 2012

Bihun sup ringkas

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 bungkus bihun kasar (rendam semalaman)
  2. 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  3. 6 ulas bawang putih (ketuk)
  4. 1/2 biji bawang besar (mayang)
  5. 1 sdb halia kisar
  6. 1 ikat kangkung (potong pendek)
  7. 2 sdb serbuk pati ayam
  8. 1 sdb sos tiram
  9. 3 sdb sos cili kimball
  10. 1/2 sdb kicap pekat
  11. secukupnya air untuk kuah
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. 1 tangkai cili merah (hiris)
  14.  limau kasturi secukupnya
  15. minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan juga halia hingga garing.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam kecut.
  3. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan juga sos-sos dan kicap.
  4. Masak lagi hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Setelah sebati rasa, masukkan kangkung. Biarkan layu sedikit.
  6. Sedia dihidangkan bersama bihun dan cili jeruk.

MONTEL.....DAH 2 BULAN

Wabil Izz Nizar yang bulat dan tembam.....

Daging burger goreng cendawan

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 keping daging burger Ramly (dadu)
  2. 1 tin cendawan butang (potong 4)
  3. 1/2 batang karot (hiris nipis)
  4. 2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
  5. 1/2 sdb cili kisar
  6. 1/2 biji tomato (potong 4)
  7. 1 biji bawang besar (dadu)
  8. 1 tangkai cili merah (hiris)
  9. 3 ulas bawang putih (ketuk)
  10. sos cili dan sos tiram secukup rasa
  11. garam dan gula (jika perlu)
  12. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili giling hingga wangi.
  2. Masukkan daging burger, karot dan cendawan. Masak hingga sayur layu.
  3. Tambahkan sos-sos dan juga tomato. Kacau rata. Masukkan garam hanya jika perlu kerana daging burger sudah berperisa. Jika agak pekat bolehlah masukkan sedikit air.
  4. Setelah sebati, masukkan daun bawang dan cili merah, sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama nasi atau roti.



Rebus tenggiri dan sawi

BAHAN-BAHAN :

  1. 4 keping ikan tenggiri
  2. 2 pokok sawi (potong kecil)
  3. 2 batang serai (ketuk)
  4. 1biji tomato (potong 4)
  5. 1 tangkai cili merah (hiris)
  6. 2 ulas bawang putih (hiris)
  7. 1/2 biji bawang besar (hiris)
  8. 2 inci halia (ketuk)
  9. serbuk pati ikan bilis secukup rasa
  10. garam
  11. air secukupnya
  12. sedikit spray oil
CARA :

  1. Panaskan periuk dengan sedikit spray oil. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan juga serai. Kacau hingga wangi.
  2. Masukkan air, ikan dan juga bahan lain kecuali sawi, masak hingga mendidih dan ikan masak.
  3. Setelah itu bolehlah tambahkan sawi dan masak hingga sawi layu
  4. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.
.

Sunday, May 13, 2012

Biasa-biasa aje...

Mmmm...hari ni kita kan sambut hari ibu...makanya malas la nak masak.
Tapi perut lak berdendang...paling senang buat la masak lemak cili api...guna telur ayam je. Yang penting sedap ratah-ratah..
Ni pulak untuk anak-anak...mi kerinting goreng. Letak daging ngan sosej banyak-banyak
selera Nabil makan...

MAWAR PUTIH UNTUK MAMA....

Ditujukan khas buat semua ibu-ibu...Selamat menyambut hari ibu.

Udang goreng sambal

BAHAN-BAHAN :

  1. 20 ekor udang sederhana 
  2. 2 biji terung kecil (potong serong dan goreng sebentar)
  3. 1 sdb bawang putih kisar
  4. 1 sdb bawang merah kisar
  5. 2 sdb cili giling
  6. 1/2 biji tomato (dibaji)
  7. 3 tangkai cili hijau (tumbuk)
  8. 2 tangkai cili merah (tumbuk)
  9. sedikit belacan (tumbuk)
  10. garam dan gula secukup rasa
  11. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan bawang hingga garing.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga hilang bau cili.
  3. Masukkan udang dan tomato, kacau rata dan tambahkan garam dan juga gula.
  4. Sebelum diangkat masukkan terung yang telah digoreng tadi.
  5. Sedia dihidangkan. 

Bokchoy sos tiram

BAHAN-BAHAN :

  1. 2 paket bokchoy
  2. 1 biji cili merah (hiris)
  3. 3 ulas bawang putih (ketuk)
  4. sos tiram secukupnya
  5. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bokchoy, cili merah dan sos tiram.
  2. Kacau goreng sebentar dan sedia dihidangkan.

Friday, May 11, 2012

Pindang ayam dan bendi

BAHAN-BAHAN :

  1. 500 gm ayam (potong kecil)
  2. 10 batang bendi (hiris serong)
  3. segenggam daun kesum
  4. 1 hiris lengkuas (diketuk)
  5. 2 asam keping
  6. air secukupnya
  7. sedikit pati ikan bilis
  8. garam dan gula secukup rasa
  9. minyak untuk menumis
DIKISAR :

  1. 5 tangkai cili merah
  2. 1/2 biji bawang besar 
  3. 1 cm belacan
  4. 1 inci kunyit hidup
CARA-CARA :

  1. Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tunggu hingga ayam kecut.
  3. Tambahkan air, asam keping, daun kesum dan juga bahan perasa.
  4. Masak hingga mendidih dan sebati rasa.
  5. Akhir sekali masukkan bendi. Gaul sebentar dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan masin dan sambal belacan.

Thursday, May 10, 2012

Sup ayam Hadyai

Sup ayam ni Nasya jumpa kat umah Quinnie. Quinnie pulak ambik kat MYR.
Sapa2 nak resepi boleh la singgah umah quinnie.

Monday, May 7, 2012

100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA, (2)RIYA' DAN SUM'AH


  1. Riya' dan Sum'ah
Salah satu bentuk syirik kecil yang terjadi pada sebahagian wanita adalah riya' (memperlihatkan amal) dan sum'ah (memperdengarkan amal ; sejenis riya' pula,-ed). Sebenarnya tujuan awal ia beramal adalah kerana ALLAH, tetapi tiba-tiba muncul niatan yang ditujukan kepada selainNya, iaitu mengharap pujian dan sanjungan dari orang lain serta agar ia terkenal di kalangan mereka. Padahal tidak ada amalan yang akan bermanfaat bagi dirinya kecuali yang dikerjakan kerana ikhlas kepada ALLAH dan benar sesuai dengan syariatNya.
ALLAH Taala berfirman, "Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNya. Ingatlah, hanya kepunyaan ALLAH lah agama yang bersih (dari syirik)." (Az-Zumar (39) : 2-3)
Maka, katakanlah kepada orang-orang yang tidak ikhlas, "Janganlah engkau memperlihatkan amalmu ! kerana segala amal yang ditujukan kepada selain ALLAH akan sia-sia belaka."

Sunday, May 6, 2012

100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA, (1) SYIRIK KEPADA ALLAH

1. Syirik kepada ALLAH.
Syirik adalah dosa yang paling besar, dosa yang tidak akan diampuni, kezaliman yang tiada tara, kesalahan yang fatal, musibah yang dahsyat dan bencana yang membinasakan.
ALLAH Taala berfirman maksudnya :
"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar."
Syirik adalah menyamakan ALLAH Taala dengan selainNya dalam hal-hal yang menjadi kekhususanNya. Maka, memalingkan suatu peribadahan, baik ibadah qolbiyah (ibadah hati), seperti inabah (taubat), takut dan cinta ; atau ibadah qouliyah (ibadah lisan), seperti tasbih dan takbir; ataupun ibadah fi'liyah (ibadah aplikatif), seperti berkurban, tawaf dan solat kepada selain ALLAH termasuk bentuk kesyirikan yang tidak akan diampuni oleh ALLAH Taala, dan menjadikan amalannya tidak diterima oleh ALLAH.

Saturday, May 5, 2012

Pajeri terung

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 biji terung panjang (potong 2, belah tengah tak putus)
  2. 1/2 kg santan
  3. 1 sdb udang kering (Nasya xtumbuk, suka sekor2)
  4. 1 sdb halia kisar
  5. 2 sdb bawang merah kisar
  6. 1 sdb bawang putih kisar
  7. 1 paket kecil rempah kari ikan
  8. setangkai daun kari
  9. sedikit kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang
  10. 2 asam keping
  11. 1 tangkai cili merah dan cili hijau (belah 2)
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis dan daun kari hingga wangi. Tambahkan halia, bawang merah dan juga bawang putih. Masak hingga garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga udang kering. Kacau rata.
  3. Setelah itu, masukkan santan dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung, cili, asam keping dan juga bahan perasa. Masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Setelah elok masaknya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng.



Sayur campur sosej

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 paket sosej (potong 4)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
  • sedikit cendawan telinga (rendam sehingga lembut dan dikoyak-koyak)
  • sedikit cendawan tiram
  • beberapa batang asparagus (potong)
  • sedikit putik jagung
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • sedikit sos tiram
  • garam sekiranya perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kesemua sayur-sayuran, sos tiram dan garam jika kurang masin.
  • Kacau rata dan sedia dihidangkan.



Nasi goreng udang

Nasi goreng ni buat 2 hari sudah. Punyalah kelam kabut masa goreng nasik ni sebab hero bongsu tengah melalak..tu yang janggut udang pun xsempat nak trim. Apapun nasik grg ni memang ringkas sebab Nasya cuma letak bawang merah hiris, udang dan juga telur. Nasya cuma letak sedikit garam sebagai perasa sebab air udang dah manis. Apa yang penting, masuk perut jadi zat jugak kan ha..ha..ha...

Thursday, May 3, 2012

Gulai kunyit lengkuas

Resepi yang sama tapi kali ni Nasya guna ikan tenggiri.
Kalau nak tengok resepi boleh la klik sini.


Sotong pedas


SUMBER : VARIASI MASAKAN MAMI
OLEH : HAJAH FADHILAH HANOUM G.M. YUSOFF

BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong sederhana besar (dibuang kulit dan dakwat)
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*sedikit belacan bakar
*6 tangkai cili kering
*2 tangkai cili merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
6 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
sedkit serbuk perasa
garam secukup rasa
(bahan yang ditanda *dikisar)
CARA MEMBUAT :
Panaskan minyakdalam kuali. Tumis bahan yang dikisar. Kacau selama 3 minit hingga berbau wangi.
Masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula pasir.
Apabila mendidih dan pekat, masukkan bawang besar. Masak hingga keluar minyak.










Salad kentang dan sos cili



SUMBER : VARIASI MASAKAN MAMI
OLEH : HAJAH FADHILAH G.M. YUSOFF
BAHAN-BAHAN :
6 helai daun salad
2 biji cili merah (dibuang biji)
2 biji kentang rebus (dibuang kulit)
1 biji telur rebus (dipotong bulat)(Nasya ptg 4)
1 biji timun (dibuang kulit & dihiris bulat)
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula pasir
1/2 cawan air panas
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :
Kentang dan cili merah dikisar dengan air masak panas hingga hancur.
Tuangkan ke dalam mangkuk. Bubuh garam, gula pasir dan sos cili. Kacau sehingga rata.
Kalau kurang masam tambah sos cili lagi.
Aturkan daun salad dalam pinggan. Letakkan timun dan telur. Tuangkan kuah kentang tadi di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, May 1, 2012

Tumis kupang dan kacang panjang

BAHAN-BAHAN :
10 tangkai kacang panjang (potong pendek)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 mangkuk kecil isi kupang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi.
Masukkan kupang dan goreng sekejap.
Tambahkan kacang dan bahan lain.
Gaul sebati dan sedia dihidangkan.

Kerabu epal hijau

BAHAN-BAHAN :
3 biji epal hijau (dihiris jejari)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 kuntum bunga kantan (dimayang)
2 batang serai (dihiris nipis)
segenggam daun ketumbar (hiris kasar)
cili api mengikut citarasa (hiris)
perahan jus limau kasturi (jika ada)
sos ikan dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Semua bahan disatukan di dalam satu bekas

Gaul rata dan masukkan bahan perasa. Simpan sekejap di dalam peti sejuk

sebelum dihidangkan.