Sunday, July 21, 2019

Kerabu bunga betik

BAHAN-BAHAN :
190g bunga betik (1 pinggan)
1 ekor ikan dibakar tawar (ambil isi)
1 tsp lada hitam
2 ulas bawang merah (sangai @ bakar)
1/2 c pati santan
2 kuntum bunga kantan (mayang)
5 tangkai cili api @ lebih (hiris)
setangkai daun kesum (daun sahaja, mayang)
jus limau kasturi/ limau nipis secukupnya
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
Rebus bunga betik bersama daun senduduk @ cuka untuk mengurangkan pahit.
Bilas bersih, tos dan ketepikan.
Sementara itu tumbuk isi ikan bersama bawang merah dan juga lada hitam.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk kecil dan renihkan sebentar bersama pati santan.
Di dalam mangkuk besar, satukan bunga betik bersama bahan mayang dan juga pati santan.
Perasakan dengan garam, gula dan perahkan jus limau secukup rasa.
Gaul rata dan sedia disajikan.


Monday, July 15, 2019

Biasa-biasa je....

Contoh hidangan tengahari saya...tumis kobis & udang, kari ikan bawal emas dan paling istimewa kerabu bunga betik. Resepinya saya kongsikan kemudian ye. Terima kasih.


Friday, July 12, 2019

Tumis sawi & suun

BAHAN-BAHAN :
300g sawi kampung
1 batang lobak merah kecil (hiris serong)
1 tangkai cili merah (hiris)
200g udang
50g suun (rendam)
1/2 C air tapis
3 Tbsp kicap pekat manis
garam bukit
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan lobak merah dan batang sawi.
Tumis seketika.
Tambahkan udang, sambal-lombok-ijo, suun dan juga daun sawi.
Masak sehingga sayur layu.
Kemudian masukkan pula kicap manis, cili hiris dan perasakan secukupnya.
Jika suun masih kenyal, tuangkan 1/2 c air.
Kacau sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.