Saturday, June 8, 2013

Gulai kawah Kelantan @ Daging gulai darat






 BAHAN-BAHAN :
900 g daging tetel
1 paket rempah gulai darat Selising (kalau xde guna rempah kari daging)
1/2 kg santan
3 biji kentang
1 tbsp kerisek
sedikit gula melaka @ nisam
sedikit budu (makcik guna dalam 3 tbsp)
sedikit air asam
garam secukup rasa
secukupnya air untuk merebus
DIKISAR :
1/4 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
1 inci halia
1 hiris lengkuas

 CARA :

 Satukan daging, bahan kisar dan juga rempah gulai di dalam periuk. Masukkan bersama satu sudu besi agar daging cepat empuk. Tambah air secukupnya.

 Masak di atas api sederhana sehingga daging empuk.
Tambah air jika daging masih keras.

 Kemudian masukkan santan dan juga kentang. Masak hingga kentang empuk. 

 Tambahkan kerisek, nisam dan juga budu.

 Masak lagi hingga mendidih. Masukkan garam dan juga air asam jawa secukup rasa.

 Setelah terbit minyak dan sebati rasanya



bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi @ roti benggali. Nyumm...nyummmm

22 comments:

  1. salam kak..

    sedapnya gulai kawah tu..selera saya tengok ni..ada lagi tak?

    ReplyDelete
  2. sedapnye..kak mana dapat rempah tu..klang valley ada jual x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rempah tu bole dapat kat Kelantan je. Nanti kalau akak balik kg akak belikan ekk..

      Delete
    2. Saya ade jual rempah gulai darat ni..rempah2 lain pun ade..��pure dri klntan

      Delete
    3. Saya ade jual rempah gulai darat ni..rempah2 lain pun ade..��pure dri klntan

      Delete
    4. ummu afifah MD Yazid.... berapa sekilo Jual? woksak Ambe... cap gapo..0179684146

      Delete
  3. assalam Nasya
    sedapnya gulai kawah
    akak kan bulan puasa memang beli kat pasar ramadhan he heee memang suker

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama....nanti bolehlaa cuba buat sendiri mesti lagi sedap gitu nyumm...

      Delete
  4. Assallamualaikum Nasya..

    Amboiiii..gulai kawah. Mcm kenduri dah tu... rempah selising tu dia ada tulis kt paket tu ke Nasya?? Sedapnya tgkkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm mak uyung hu...hu...rempah selising Nasya selalu guna. banyak lagi jenama lain sebenarnya. Selising tu nama tempat kat Pasir Puteh.

      Delete
  5. sedap kniedaz...kalau makan ngan nasik kukus lagi sodapp..

    ReplyDelete
  6. Akm akak..mcm mna nk bli rempah tu ng akkk ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...rempah gulai darat ada kat Kelantan sahaja. Kat sini mmg xde. Kalau nak order kena wassap akak ikut tepi. Boleh mintak tolong anak buah poskan.

      Delete
    2. Kira mcmana rempah tu..berapa sekilo..woksak Ambe..kak.. 0179684146

      Delete
    3. Kira mcmana rempah tu..berapa sekilo..woksak Ambe..kak.. 0179684146

      Delete
  7. Assalamualaikum... terima kasih di atas perkongsian resepi yang sedap ni, anak-anak dan suami pun suka! saya guna rempah kari daging jer.. tak de rempah gulai darat selising tu... InsyaAllah akan cuba cari rempah tu nanti... terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Haslina sebab sudi berkunjung dan mencuba resepi yang xseberapa ini...Nanti akak akan cungkil lagi resepi2 warisan ...Insyaallah.

      Delete
  8. Assalamualaikum... terima kasih di atas perkongsian resepi yang sedap ni, anak-anak dan suami pun suka! saya guna rempah kari daging jer.. tak de rempah gulai darat selising tu... InsyaAllah akan cuba cari rempah tu nanti... terima kasih!

    ReplyDelete


  9. I Suggest You Online Pakistani Chat Room With Recpies There You Can Chat With and Without Registration. Onetoonechat.com Number #1 Chat Site. Easy Picture Sharing With Friends. Set Profile Picture. During Chat You Can Watch Youtube, Vimeo, Dailymotion, Live Streaming. Follow Me Number 1 Pakistani chat room Onetoonechat.com
    Pakistani Chat room Onetoonechat.com allow you to meet many people you do not know, and while this can lead to fun friendships, simply You enter your nick , strike up a conversation with someoneuses Onetoonechat .com is a very popular activity for young people, especially teenagers where you can listen to different Rjs show. With all these facilities we inform you A friendly stranger in a chat room is still a stranger and not an ideal person for you to trust with your phone number or personal information.
    Chat Room Without Registration

    Chat Room

    Girls Chat Room

    Desi Chat Room

    ReplyDelete