Sunday, October 28, 2012

MALAIKAT MENUNJUKKAN GAMBARAN SYURGA KEPADA ASIAH

DALAM sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan tetapi ia menganggap dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, "Akulah tuhan kamu yang maha tinggi."

Thursday, October 25, 2012

AI SUPPORT....

Anak buah makcik ada kat sini..kembang kempis lubang idong makcik yg sememangnya dah kembang...eloklaa sambil berdakwah.. sidia 2 dari kiri..

Wednesday, October 24, 2012

Biasa-biasa je..

Kalau xsedap badan, makan apa yang sedap ye...kalau makcik laa ini aje yang makcik cari...makan ngan cili potong..xpun ngan cili jeruk..ummph sedapnya...

ada gak bubur kacang untuk Syabil cicah ngan roti

rasam telur untuk ayah

Tuesday, October 23, 2012

biasa-biasa je

laksa ni makcik buat guna sardin cap ayam je...xde stok ikan. Tapi sangat sedap bagi tekak makcik laa sbb manis sardin tu terasa..nanti free makcik buat tutorial khas untuk anak2 yang  baru nak belajar masak.

Monday, October 22, 2012

Banana Bread


BAHAN-BAHAN :
  • 1 cawan lemak sayuran (shortening)
  • 2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp mayonis
  • 6 biji pisang masak + sedikit kurma (dikisar)
  • 3 cawan tepung serbaguna (diayak)
  • 1/2 tsp garam (ayak)
  • 1 tsp baking powder (ayak)
  • 2 tsp baking soda (ayak)
CARA-CARA :
 Di dalam mixer, krimkan shortening dan gula


sehingga putih dan

gebu

masukkan telur

sebiji demi sebiji

dan putar hingga ringan

tambahkan mayonis dan juga

pisang

masukkan tepung bersama bahan ayak

sedikit demi sedikit

kacau rata

masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser mentega dan dialas kertas minyak

masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.

bakar lagi

dan lagi

test kek dgn mencucuk dengan lidi di bahagian tengah. Jika belum masak, bolehlah letakkan aluminium foil di atas kek untuk mengelakkan bahagian atas hangus

kek yang baru keluar dari oven

panas-panas lagi dah potong..tak tahan makcik nengoknye


biasa2 je...

 sekali sekala layan nasik ngan kari ayam ok gak..

biasa-biasa je...

masak dah lama tapi xdan nak pos, resepi menyusul...walaupun mudah gilerr makcik nak letak gakk

Musim demam

Hero-hero kat rumah ni bergilir2 demam sejak 2 minggu sudah...iskh apa laa nak jadi, nasib baik heroin sihat cuma sakit tangan je....dapat pakej pulak tuu
yang abangnya pulak, bangun tidur pipi ngan muka bengkak merah menyala. Alahan ubat agaknya....tu merah sikit2 je...
makcik fenin2 lalat laa sekarang nie sbb xcukup tido...nasib baik anak 3 je, kalau anak 10 mcm mak bapak kita dulu2 camno agaknya ye..

Wednesday, October 17, 2012

Harimau Malaya

Baby Izz masa ni umur 6 bulan...kat KFC raikan bday abg ngah

Saturday, October 13, 2012

Thursday, October 11, 2012

JOM LAYANNN...

Aduhaii...sehari dua ni ai xdapat nak mengupdate gambor2 sbb tangan terseliuh soo kita layan lagu je la ekk untuk halwa telinga..LAYANN!!