Contoh hidangan saya, bening brokoli, ikan kembung masin goreng perah limau, ayam goreng kunyit, sambal sardin pedas dan ulaman (pucuk gajus, ulam raja, pucuk serai kayu @ daun salam dan bunga kantan). Alhamdulillah....syukur dengan rezeki ALLAH SWT.
Sunday, March 4, 2018
Bubur kacang hijau
BAHAN-BAHAN :
1 cawan kacang hijau (rendam 4 jam)
1 kotak santan KARA
1 helai daun pandan (carik & simpul)
2 Tbsp biji sagu (kecil)
2 liter air tapis + 1 Tbsp gula pasir
180g nisam @ gula melaka (1 kerek besar)
1/2 tsp garam bukit
CARA-CARA :
Rebus kacang hijau bersama 2 liter air dan 1Tbsp gula pasir sehingga empuk.
Masukkan daun pandan, sagu dan juga nisam.
Masak sehingga nisam cair dan sagu jernih.
Kemudian tambahkan santan kotak.
Kacau selalu.
Masukkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.
Matikan api dan sedia dicicah bersama roti.
***sekiranya tidak mahu merendam dahulu kacang hijau, lebihkan sedikit gula pasir semasa merebus dan kacang hijau pasti cepat empuk***
***sekiranya tidak mahu merendam dahulu kacang hijau, lebihkan sedikit gula pasir semasa merebus dan kacang hijau pasti cepat empuk***