Tuesday, October 24, 2017
Nasi dagang Terengganu
BAHAN-BAHAN :
Beras pulut susu
Beras Siam (cth Serindit, cap pisang, arnab dan mangga)
pati santan
sedikit halba
bawang merah kecil (mayang)
halia (hiris)
garam/gula
CARA-CARA :
Rendam semalaman beras siam dan beras pulut.
Panaskan pengukus dan kukus beras pulut yang telah dicampur beras siam separuh masak.
Keluarkan nasi dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
Tuangkan pati santan yang telah dicampurkan garam dan sedikit gula.
Masukkan halba dan gaul rata.
Masukkan kembali ke dalam pengukus.
Setelah nasi 3/4 masak, keluarkan lagi dan gaul bersama baki santan, halia dan bawang merah.
Kukus sehingga masak sepenuhnya.
***Semasa menyediakan nasi ini, saya terlupa untuk mencatat sukatan. Jadi ratio beras pulut dan beras siam adalah lebih kurang 1cwn :21/2 cwn***
Ikan aya gulai nasi dagang
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3 Tbsp rempah gulai nasi dagang cap Rose
500ml santan pekat
1/2 jag blender air
10 tangkai cili api
asam keping untuk merebus ikan (+-7 keping)
belimbing buluh sekiranya ada
gula melaka dan garam bukit secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis
DIKISAR :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
3 hiris nipis lengkuas
1 Tbsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis biji
1 tsp jintan putih biji
5 biji buah keras
segenggam cili kering rebus (ikut suka)
CARA-CARA :
Potong ikan aya dan rebus bersama asam keping, garam kasar dan gula melaka.
Ketepikan. (Lebih enak jika direbus sehari sebelumnya)
Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau dan pecah minyak.
Masukkan rempah nasi dagang yang telah dibancuh bersama sedikit air.
Masak lagi sehingga rempah garing.
Kemudian masukkan air dan separuh santan pekat.
Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan sedikit air rebusan.
Gaul rata.
Kemudian tambahkan baki santan, cili api dan belimbing buluh jika ada.
Perasakan secukupnya.
Jika suka boleh juga memasukkan 1 @ 2 asam keping daripada rebusan ikan.
Setelah kuah agak pekat bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.
***REMPAH CAP ROSE HANYA TERDAPAT DI TERENGGANU, ANDA BOLEH MENGGANTIKAN DENGAN REMPAH KARI BIASA TETAPI RASANYA AKAN BERBEZA***