BAHAN-BAHAN :
500g ayam kampung @ ayam organik Az-Zain
1 Tbsp serbuk kunyit Baba's
2 tsp serbuk kari daging
garam laut @ garam bukit secukup rasa
1 tsp minyak
CARA-CARA :
Ayam dibuang kulit dan lemak.
Potong kecil.
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan juga sedikit garam.
Ketepikan selama 20 minit.
Sebelum dimasukkan ke dalam air fryer, lumurkan ayam dengan minyak supaya tidak melekat.
Masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit.
Sedia dihidangkan.