Tuesday, December 20, 2016

Lasagna

 BAHAN-BAHAN :
1 kotak (250g) lasagna
500g isi ayam kisar
1 tin (220g) puri tomato Duchef
4 biji tomato masak (cincang)
2 helai daun bay
1 tsp mixed herbs
serbuk lada hitam secukup rasa
sedikit sos cili @secukup rasa
1/2 tin air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
200g keju mozzarella parut (untuk tabur)

SOS BECHAMEL :
3 sachet Campbell instant soup (cendawan croutons)
2 tbsp tepung gandum
2 tbsp mentega
sedikit air
***sos mesti sederhana pekat***

CARA-CARA :
 Untuk menyediakan sos bechamel, panaskan mentega sehingga cair.
Masukkan tepung dan gaul hingga tepung berwarna kekuningan dan masak.
Tambahkan sup Campbell dan air sedikit demi sedikit.
Kacau menggunakan whisk supaya tidak berketul.
Tambah garam hanya jika perlu kerana sup segera sudah masin.
Ketepikan.
 Sementara itu sediakan kuah daging.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis daging kisar sehingga berubah warna.
Masukkan kesemua bahan lain dan renihkan di atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Perasakan secukupnya.
Jika suka boleh tambahkan cendawan butang @ sayur-sayuran lain.
 Sediakan mangkuk kaserol @loyang.
Tuangkan sedikit kuah daging.
 susun lasagna 
 tuang lagi kuah daging
 curahkan sos bechamel di atas kuah daging dan ulang langkah pertama sehingga selesai.
 Akhir sekali taburkan keju parut dan bakarlah di dalam ketuhar sehingga masak dan keju meleleh.
Enak dihidangkan di samping salad dan pelengkap lain.

Krim karamel

 BAHAN-BAHAN :
10 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
1 c air

GULA HANGUS :
7 tbsp gula
1/2 c air
1 tbsp planta

CARA-CARA :
Masak gula di atas api kecil sehingga perang.
Masukkan air dan planta, masak hingga gula cair sepenuhnya.
Masukkan ke dalam loyang dan ketepikan.
Sementara itu, blender telur bersama susu pekat, air dan esen vanilla.
Tapiskan ke dalam loyang yang berisi gula hangus.
Kukus sehingga masak.
Sejukkan sebelum dihidangkan.

Tuesday, December 6, 2016

 BAHAN-BAHAN :
300g daging (dihiris nipis dan direbus empuk)
1 kotak santan KARA
1 1/2 kotak air rebusan daging
2 batang serai (ketuk)
5 biji belimbing buluh (belah 2)
1 keping asam gelugur
1 paket cendawan shimeji
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis 

DIKISAR :
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
7 tangkai cili api

 CARA-CARA :
 
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis serai dan bahan kisar sehingga terbit minyak.
Masukkan daging hiris bersama santan, air rebusan dan asam gelugur.
Masak hingga mendidih.
Kemudian tambahkan belimbing buluh dan cendawan.
Gaul rata dan masak sehingga cendawan lembut.
Enak dihidangkan bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan.

Nasi daging Utara


 BAHAN-BAHAN :
5 C beras basmati (cuci dan rendam bersama air bercampur sedikit garam, 40minit)
1kg daging (rebus, hiris nipis dan simpan air rebusan)
2 tbsp serbuk rempah kurma
1 tsp serbuk kari daging
1 inci kayu manis
2 biji pelaga
3 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia tua (hiris panjang)
2 tbsp minyak sapi + 1 tbsp minyak
1 tbsp tomato puri
1 c susu cair
5 1/2 c stok daging
4 tsp garam 
1 helai daun pandan (simpul)
daun ketumbar bersama batangnya


CARA-CARA :
 Panaskan minyak sapi bersama minyak di dalam periuk.
Masukkan daun pandan bersama rempah tumis. Masak hingga terbit bau.
 tambahkan halia dan juga
 serbuk ketumbar dan kari
 gaul rata
 masukkan tomato puri
 garam dan air rebusan daging
tambahkan daging hiris
 dan susu cair. 
 biarkan sehingga mendidih
 kemudian masukkan beras yang telah dibilas dan ditoskan
 gaul rata dan masak di atas api perlahan
 tutup periuk dan biarkan seketika
 periksa nasi sekali lagi
tambahkan batang dan daun ketumbar
 tutup semula periuk dengan foil dan masak 
 
 sehingga nasi tanak sepenuhnya.
AIR ASAM:
 air asam jawa pekat
tomato masak (cincang)
cili api dan bawang besar (hiris)
belacan bakar
garam, gula, dan jus limau nipis secukup rasa

CARA :
Campurkan kesemua bahan. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air suam.



Saturday, November 26, 2016

Ketam pedas manis


 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (dibelah 2 dan dibersihkan)
1 biji tomato (hiris)
sos tiram, sos cili dan sos tomato secukup rasa
garam dan gula secukupnya
1 biji telur 
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering, rebus (boleh lebihkan)
1 inci halia
sedikit belacan

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng ketam sehingga setengah masak dan ketepikan.
Panaskan baki minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan sos-sos dan tomato hiris.
Gaul rata.
Tambahkan ketam dan masak lagi hingga terbit minyak.
Pecahkan sebiji telur dan kacau sehingga telur berketul.
Sedia dihidangkan. 
Enak diratah-ratah begitu sahaja.

Nasi goreng bilis

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 helai daun kobis (potong kecil)
1 tsp serbuk pati ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

DITUMBUK KASAR:
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tbsp ikan bilis
1 tangkai cili hijau (ikut citarasa)
1/2 tsp belacan

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.
Masukkan kobis dan masak sehingga layu.
Tambahkan nasi, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
Masak hingga sebati dan sedia dihidangkan .

Mi basah anak-anak

 BAHAN-BAHAN :
1 paket mi kuning  (dibasuh dan toskan)
3 pokok sawi (potong kecil)
1 batang lobak merah (hiris halus)
1 paket bebola ikan
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
kicap manis, sos cili, sos tiram dan kicap cair secukup rasa
1 tbsp tepung jagung (dibancuh bersama 1 cawan air)
garam secukup rasa
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang dan halia sehingga harum.
Tambahkan bebola ikan dan lobak merah.
Masak hingga sayur lembut.
Kemudian masukkan sawi, mi kuning dan semua sos secukupnya.
Gaul rata.
Tambahkan bancuhan tepung jagung.
Gaul lagi.
Rasa dahulu mi sebelum memasukkan garam.
Setelah sebati rasanya, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.


Sup filamen ketam

 BAHAN-BAHAN :
1 paket kecil filamen ketam (potong 2)
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/4 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang)
1tsp serbuk pati ayam
1/2 tbsp tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
hirisan daun bawang secukupnya
air untuk kuah secukupnya
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang sehingga terbit bau.
Tuangkan air secukupnya untuk kuah.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan filamen ketam, bahan perasa dan juga garam.
Tambahkan tepung jagung dan telur.
Gaul sebati.
Taburkan hirisan daun bawang sedia dihidangkan.

Friday, November 25, 2016

Ikan cencaru bakar

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan cencaru saiz besar (belah belakang)
2 genggam cili kering (rebus)
1 labu bawang besar
1 tbsp belacan
pes asam jawa secukupnya
garam, gula
sedikit serbuk kunyit

CARA-CARA :
Sapu ikan bersama sedikit garam yang dicampur serbuk kunyit sehingga rata.
Ketepikan.
Kisar kering bawang bersama belacan, cili dan asam jawa.
Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Panggang di dalam oven @ di atas dapur arang sehingga masak.
Enak dicicah bersama sambal kicap manis @ air asam.

Nasi goreng kerabu

 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi putih
2 genggam tauge (bersihkan, buang ekor)
1 batang kek ikan (hiris)
1 batang serai (mayang halus)
1 kuntum bunga kantan (mayang halus)
garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan
3 tangkai cili api (lebih banyak lebih sedap)

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan kek ikan, serai dan bunga kantan.
Gaul sebati.
Kemudian tambahkan nasi, garam dan juga serbuk pati ayam.
Sebelum diangkat masukkan tauge, kacau sebentar dan sedia dihidangkan bersama keropok ikan.

Kerabu kaki ayam

 BAHAN-BAHAN :
20 ketul kaki ayam (rebus, buang tulang)
2 labu bawang besar (mayang halus)
1 biji mangga muda (sagat memanjang)
2 biji tomato (buang biji, hiris halus)
7 tangkai cili api (hiris)
1 kuntum bunga kantan (mayang halus)
jus limau, sos ikan, gula dan garam secukupnya.

CARA-CARA :
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Kek pisang karamel

 BAHAN-BAHAN KEK :
3 biji pisang emas masak (lecek)
50g mentega
3 biji telur
1 sdt esen vanilla
125g gula kastor (boleh kurangkan gula)
120g tepung gandum
30g tepung jagung
1 tsp baking powder

 BAHAN-BAHAN PUDING :
2 tbsp gula + 2 tbsp air (jadikan gula hangus)
5 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin air
sedikit esen vanilla
  
CARA-CARA :
Sediakan karamel.
Tuangkan karamel ke dalam loyang yang telah dilengser minyak.
Ketepikan.
sementara itu, sediakan kek dengan mengadun mentega dan gula hingga berkrim. 
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul hingga sebati.
Tambahkan pisang dan esen vanilla, aduk lagi.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah di ayak bersama tepung jagung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
Gaul rata dan ketepikan.
Untuk menyediakan puding, masukkan semua bahan puding ke dalam pengisar.
Kisar dan tapiskan ke dalam loyang yang berisi karamel.
Tuangkan adunan kek di tengah-tengahnya dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek kelihatan bersih.
Sedia dihidangkan.