Dapat makan megi jarang-jarang syokkan.......makcik suka sangat kalau dapat letak tomato hijau tu lebih-lebih....kasi ada rasa rangup dan masam-masam sikit...Jemput makan ya semua...
Thursday, August 22, 2013
Ayam masak tomato
1/2 kg ayam (potong kecil, digaram kunyit dan goreng 1/2 masak)
secukupnya daun sup dan daun bawang
sos tomato dan sos cili secukup rasa
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
DIKISAR :
1 biji tomato
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
sedikit cili kisar
CARA-CARA :
Tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan juga gula.
Tambahkan sedikit air jika mahu berkuah.
Kemudian masukkan ayam dan gaul rata dan masak lagi beberapa ketika sehingga kuah sedikit pekat.
Rasa garam gulanya dan tabur daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.
Laksa pendek goreng lagi
Seperti biasa.....laksa pendek goreng lagi tapi kali ni goreng ngan cendawan telinga. Resepi sama gak, semua orang pun tau buat hu...hu...