Sunday, April 28, 2013

Mi cintan goreng


 BAHAN-BAHAN :

  • 4 keping mi cintan (direbus lembut)
  • 1 paket itik panggang berempah (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • 1 ikat kangkung (potong pendek)
  • 1/2 batang karot (potong mancis)
  • 1 tangkai cili merah (hiris)
  • 6 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 tbsp cili kisar
  • sos tiram dan kicap manis secukup rasa
  • minyak untuk menumis

 CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga hilang bau cili.
  2. Tambahkan karot, kangkung, mi dan juga bahan lain. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan bahan sos. Jika suka mi yang agak basah tambahkan sedikit air.
  4. Rasa dahulu. Tambahkan garam hanya jika perlu kerana sos tiram sudah masin. Setelah sebati sedia dihidangkan bersama cili potong dan juga perahan limau kasturi.