- Kunyahlah makanan dengan perlahan. Ini membuatkan perut anda lebih bersedia menerima makanan dengan baik serta membantu pemprosesan penghadaman perut dengan baik.
- Duduklah ketika makan. Ini dapat membantu anda menumpukan perhatian semasa makan dan anda seronok menikmatinya.
- Simpan makanan jauh dari mata. Seeloknya, jauhkan makanan-makanan dngan menyimpan di tempat yang tertutup agar ia tidak kelihatan. Jika tidak, anda mungkin akan terliur untuk makan biarpun pada masa itu anda tidak lapar!
- Gunakan pinggan kecil. Jika anda mengambil makanan dengan menggunakan pinggan kecil, ia dapat membataskan pengambilan makanan yang terlalu banyak. Dengan ini anda akan lebih berhati-hati dan memilih makanan yang betul-betul perlu.
- Tumpukan pada makanan ketika makan. Jangan pula sambil membaca, menonton televisyen, menulis atau berborak di telefon kerana sikap ini membuatkan anda tidak sedar anda telah makan terlalu banyak.
- Tertekan atau tercabar? jangan mulakan diet mengejut dengan memberhentikan terus rutin pemakanan seharian anda kerana masalah lain akan timbul pula.
- Jangan pula makan melompat-lompat. Kelakar bunyinya, tapi pastikan anda mengambil makanan pada waktu makan seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang sepatutnya ! Anda akan lebih mengalami berat badan jika hanya makan pagi, tidak makan tengahari tetapi akan mengambil makan malam yang lebih.
- Kemas dan simpan makanan. Bersihkan meja makan selepas makan dan simpan supaya anda dan anak tidak adapeluang mengambil dan meratah lagi makanan yang tidak perlu waktu anda tidak terasa lapar !
- Sibukkan diri. Jika anda betul-betul sibuk dengan kerja, masa makan anda juga terbatas dan anda tidak akan makan dengan berlebihan.
- Berhenti dari berfikiran negatif. Jangan rasa bersalah pada diri. Nikmatilah hidup sihat dengan amalan pemakanan yang sihat. Fikirkanlah suatu hari satu masa supaya anda tidak menyesal.