Sebenarnya bulan ni aje dah 3 kali Nasya gi makan nasi arab kat sini. Nasinya sangat sedap dan wangi, cukup perisa..ayamnya pulak besar dan cantik. Sambal tomato pun sedap sangat. Mintak maaf sebab gambar xsempat amik banyak sebabnya tempat kitaorang dah ada orang amik...kita dah buat reservation pun orang amik jugak tu yang xde gambar air semua tu..nasi pun xcukup kena oder lain. Emmmm....sekarang ni, ni la tempat baru kalu Nasya nak makan nasi arab..kat Nilai rasa dia dah terpesong sikit..kat Saba ayam dia kering..Kalau kawan2 nak datang bukak posa seeloknya tepon dulu sbbnya takut xde kerusi.
Kedai ni beroperasi di rumah 2 tingkat. Kalau dari seremban tu, p Ampangan lepas tu p depan lagi sampai jumpa kompleks sukan ...jalan lagi sampai jumpa traffic light dan caltex (kalu xsilap) di sebelah kanan. Amik kanan terus lagi, jumpa pusat dakwah jemaah islamiah. Kat depan sikit je ....( no.tepon 014-2657313)
Cantik x nasi dan ayam dia...tu belum makan lagi tu...condiment pun xsempat amik
gambar..dah nak bukak posa
Wednesday, August 17, 2011
Ayam panggang bbq
BAHAN-BAHAN :
- 6 ketul ayam (sapu sedikit garam & goreng setengah masak)
- 1 sdb madu
- 1 sdb sos tomato
- 1 sdb serbuk cili (kurangkan, ikut citarasa)
- 1 sdk daun thyme
- sedikit garam
- sedikit air
- garam secukupnya
- Semua bahan dicampurkan sekali di dalam periuk, masak di atas api yang perlahan hingga kuah pekat.
- Sedia dihdangkan.
Friday, August 12, 2011
Krim puff
SUMBER : MAJALAH RASA
RESEPI : KENCANA DEWI
BAHAN-BAHAN :
*****Nasya menggunakan kastard segera untuk inti iaitu 100 gm tepung kastard segera dimasak bersama 250 ml susu segar sehingga kental*****
RESEPI : KENCANA DEWI
BAHAN-BAHAN :
- 60 gm tepung gandum
- 45 gm mentega (dipotong kecil)
- 100 ml air
- 2 biji telur
- 1 sdb mentega
- 2 sdb tepung jagung
- 2 sdb tepung gandum
- 200 gm gula pasir
- 250 ml susu segar
- 1 biji telur
- Panaskan periuk dan masak air bersama sedikit mentega hingga mendidih.
- Apabila mendidih, tutup apinya dan masukkan tepung. Kacau rata.
- Masukkan telur dan kacau pantas hingga adunan mesra.
- Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam piping beg dan paipkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan sedikit tepung.
- Spray permukaan krim puff dengan sedikit air dan bakar dalam ketuhar pada suhu 200'c selama 15 minit .(suhu ikut ketuhar masing2)
- Apabila masak, biarkan sejuk sebelum dimasukkan krim kastard.
- Untuk kastard krimnya, campurkan kedua tepung bersama gula dan gaulkan rata.
- Masukkan susu dan telur, kacau hingga adunan rata.
- Tuangkan krim ke dalam mangkuk, bungkuskan dengan plastik dan masak di dalam ketuhar gelombang dengan suhu yang tinggi.
- Kacau dan biarkan hingga masak dan adunan pekat.
- Apabila masak, hiris krim puff dan masukkan intinya.
*****Nasya menggunakan kastard segera untuk inti iaitu 100 gm tepung kastard segera dimasak bersama 250 ml susu segar sehingga kental*****
Thursday, August 11, 2011
JIBRIL BERTANYA KEPADA RASULULLAH SAW JARAK ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT,
Jabir bin Abdullah berkata :"Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata :"Assalamualaikum ya Rasullullah, apakah ertinya dunia itu?"
Maka Rasulullah SAW pun bersabda :"Dunia itu adalah impian orang-orang yang tidur."
Bertanya orang itu lagi :"Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada dalam Neraka Sa'ir".
Orang itu bertanya lagi :"Apakah syurga itu?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."
Bertanya orang itu lagi :"Apakah Jahannam itu?"
Maka bersabda Rasulullah SAW :"Jahannam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."
Bertanya orang itu lagi :"Siapakah sebaik-baik umat ini?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT."
Orang itu bertanya lagi :"Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang yang mencari kafilah."
Orang itu bertanya lagi :"Seberapakah ketentuan taat itu ?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."
Bertanya orang itu lagi :"Berapa jarak jauhnya Dunia dengan Akhirat itu ?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."
Jabir melanjutkan ceritanya :"Setelah orang itu pergi kami tidak lagi mel.ihat orang itu selepas itu."
Rasulullah SAW bersabda :"Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."
Bersabda Rasulullah SAW lagi :"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak Dia menciptakannya."
Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

Sunday, August 7, 2011
Pelecing kangkung
Sumber : dapoerkoe
Di olah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
Di olah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk kangkung (dipotong pendek dan dicelur)
- 5 biji cili hijau
- segenggam cili api
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- sebesar ibu jari belacan
- jus limau secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Semua bahan untuk sambal ditumis, kemudian ditumbuk dan perahkan jus limau secukupnya.Masukkan juga sedikit garam dan juga gula. Susun kangkung yang dicelur didalam pinggan. Tuangkan bahan sambal di atas kangkung, hidang segera.
Easy mix butter cake
Source : Recipe land.com
Combine all ingredients in a small bowl.
Beat with electric mixer on low until blended, then beat at high speed for 2 mins.
Grease round cake tin and line the base with greaseproof paper.
Pour mixture into tin and bake in moderate oven for about 30-40mins.
Your choice if you want to leave plain or put incing on top.
Enjoy.
Ingredients
2 | each | eggs | |
125 | grams | butter | |
1 | cup | sugar | |
2 | cups | cake flour | |
2/3 | cup | milk | |
1 | teaspoon | vanilla extract |
Directions
Preheat oven to 180.Combine all ingredients in a small bowl.
Beat with electric mixer on low until blended, then beat at high speed for 2 mins.
Grease round cake tin and line the base with greaseproof paper.
Pour mixture into tin and bake in moderate oven for about 30-40mins.
Your choice if you want to leave plain or put incing on top.
Enjoy.
Acar timun dan tomato
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji timun jepun (buang empulur dan didadu)
- 2 biji tomato (buang biji dan didadu)
- segenggam daun ketumbar (dipatahkan kasar-kasar)
- sedikit garam
- jus limau secukupnya
- Semua bahan diaduk rata. Simpan di dalam peti ais sebentar sebelum dihidangkan.
Thursday, August 4, 2011
Jasamu tetap dikenang
Oven yang telah banyak berjasa dari zaman bujang lagi...kalu xsilap dah 11 tahun pun umur dia tapi masih berfungsi dengan baik. Oven ni Nasya redeem kupon cosway.
Yang ni plak hadiah dari ayah sbb raya dah nak dekat..tapi tatau la buat ke x kue raya....hero kecik kuat mengacau..
Yang ni plak hadiah dari ayah sbb raya dah nak dekat..tapi tatau la buat ke x kue raya....hero kecik kuat mengacau..